Wednesday, 2 January 2013

Pengenalan



Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta memberhentikan kenderaan. Silinder induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini daya hidraulik digunakan untuk memaksa pad dalam pemasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek.



Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan ketika meletakkan kenderaan (parking) atau membrek dalam kecemasan.


Satu pengalak kuasa (servo) digunakan. Untuk blog ini perbincangan ke atas brek booster akan ditekankan.

                                                                     




BREK BOOSTER

Brek booster (servo) digunakan sebagai bantuan kepada sistem brek hidraulik di mana ia di pasang bersama silinder induk / master pump dan disambung terus ke pedal brek. Ia juga merupakan alat penggalak kepada sistem brek bagi memberikan kecekapan yang lebih tinggi. Brek servo digunakan untuk mempertingkatkan daya membrek hasil dari tekanan pedal brek yang sedikit. Keistimewaan brek jenis ini ialah pemandu tidak perlu menekan pedal brek dengan kuat untuk menghasilkan tekanan yang tinggi dalam sistem brek. Beroperasi dengan dibantu oleh kuasa vakum dari enjin.

    
   


JENIS-JENIS BREK BOOSTER


Terdapat 3 jenis sistem brek booster (servo) yang biasa digunakan iaitu:


1. Jenis Vacuum


Menggunakan vacuum (hampagas) yang diperolehi dari intake manifold (pancarongga masuk) atau menggunakan vacuum pump dan disambung pada brek booster. Bagi kenderaan yang menggunakan enjin diesel kebiasaanya ada yang pam jenis elektikal atau mekanikal untuk mendapatkan vacuum. Pam vacuum elektrikal dipandu oleh motor elektrik. Satu suis terdapat di brek booster untuk memberi isyarat sekiranya tahap vacuum rendah. Jika pam rosak,sw akan menunjukkan isyarat (lampu menyala pada dashboard). Manakala vacuum yang menggunakan pam jenis mekanikal dikendalikan dengan menggunakan talisawat.


                               
                    

      

 


2. Jenis tekanan angin

Menggunakan angin yang diperolehi dari ‘air compressor’. Biasanya digunakan pada kenderaan berat, truck ,bas dan lain-lain

3. Jenis Hidraulik

Biasanya pada kenderaan kecil seperti lori-lori kecil. Tenaga hidraulik biasanya diperolehi dari power steering pump. Cara lain tenaga hidraulik diperolehi ialah dengan menggunakan pam motor elektrik hidraulik yang khas untuk brek booster.

PRINSIP ASAS BREK BOOSTER

Gegendang dipasang di sekeliling perumah , gegendang tersebut sebenarnya membahagikan perumah kepada dua bahagian. Apabila pedal brek dilepaskan vakum akan wujud dikedua-dua bahagian dalam perumah. Bila pedal brek ditekan , injap udara (air valve) akan terbuka dan membenarkan udara disekeliling masuk kebahagian belakang gegendang itu, vakum control valve tertutup dengan itu vakum dapat dikekalkan dalam perumah. Udara yang masuk akan menolak gegendang kehadapan. Dengan itu wujud satu daya pergerakan kehadapan dan seterusnya menolak piston ke master cylinder. Perbezaaan yang sedikit sahaja sudah cukup untuk mewujudkan daya pergerakan.





PENGENDALIAN SISTEM BREK BOOSTER 

1.      Letakkan kenderaan di tempat rata
2.      Sediakan peralatan yang diperlukan
3.      Buka hood hadapan kenderaan
4.      Kenal pasti komponen brake booster
5.      Buka fluid reservoir tank

I.                   Buka elektrik connector
II.                Buka retainer
III.             Buka fluid reservoir (Sebelum membuka fluid reservoir pastikan brek fluid telah dibuka)
IV.             Buka O-ring




No comments:

Post a Comment